? ??????????????Music Falls off the Page? ????? ?? ???Rating: 4.3 (34 Ratings)??7644 Grabs Today. 34052 To
tal Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????BoomBox? ????? ?? ???Rating: 4.5 (23 Ratings)??5775 Grabs Today. 24827 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, July 20, 2010

Angklung


Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketik.Muzik Angklung bermula dari Jawa Barat, Indonesia. Alat muzik ini merupakan alat muzik perkembangan dari calung, diciptamula sebagai muzik persembahan untuk Dewi Sri, yakni dewi hal-ehwal percucuk tanaman. Muzik ini digunakan pula dalam usaha menjana kemerdekaan Indonesia sebagai muzik penyemangat khalayak ramai untuk mendukung usaha berkait.

Pada 1908, terdapat pengiriman duta kebudayaan yang menyebarluaskan muzik ini ke Thailand, saat pula boleh meluas ke Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura.

Gamelan


Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.

Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.

Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".

Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.

Alat Muzik Tradisional


Gendang

Gendang adalah a

lat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing

atau lembu.Iamerupakansalah sebuah ala

t muzik dalam k

eluarga

genderang.

Setiap bangsa

seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama y

ang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz d

an kegunaan. A

da gendang yang digunakan untuk majlis persilatan bagi orang Melayu.Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untu

k menyambut perayaan atau pertabalan Dira

ja.