? ??????????????Music Falls off the Page? ????? ?? ???Rating: 4.3 (34 Ratings)??7644 Grabs Today. 34052 To
tal Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????BoomBox? ????? ?? ???Rating: 4.5 (23 Ratings)??5775 Grabs Today. 24827 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, February 26, 2011

HARI KECEMERLANGAN AKADEMIK & KOKURIKULUM 2010

Panitia Muzik SMK Ampang Pecah (Bestari) telah mewakilkan sekumpulan pemain alat muzik gamelan yang disertai oleh lapan orang, terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan. Mereka telah memeriahkan majlis dengan alunan yang begitu mengasyikkan semasa menyambut tetamu kehormat, P. Kamalanathan, juga pada pembukaan majlis, dan disusuli dengan alunan gamelan yang amat mengujakan di akhir majlis. Tidak sia-sia latihan yang kerap dijalankan pada setiap petang selasa kerana mereka dapat mengalunkan rentak gamelan dengan sungguh berani dan seterusnya mengujakan hadirin yang telah hadir.




Sehubungan itu, Panitia Muzik juga mewakilkan seorang pelajar berbangsa Cina kelas peralihan untuk mempersembahkan sebuah lagu. Bersama-sama satu set baju melayu yang amat cantik dan kemas, Pelajar ini telah menyanyikan sebuah lagu cina yang amat merdu dan mengasyikkan. Persembahannya juga dsambut meriah dengan tepukan yang gemuruh dari para pendengar.





Sekumpulan penari yang terdiri daripada tujuh pelajar perempuan melayu dan tiga pelajar perempuan india juga telah diwakilkan untuk mempersembahkan suatu tarian tradisonal Sarawak dengan bimbingan Cik Noor Hazreen dan Cik Norliza ; guru pelatih bagi matapelajaran muzik. Mereka telah Berjaya meraih pelbagai pujian daripada pelbagai pihak atas persembahan yang amat menakjubkan. Mereka menggunakan buluh sebagai Props dalam kemuncak tarian. Mereka juga berjaya mendapat tepukan yang gemuruh daripada para penonton yang kelihatannya sangat seronok dengan tarian yang telah dipersembahkan.



Akhir sekali, Panitia Muzik SMK Ampang Pecah Bestari ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kejayaan wakil2 pelajar dan guru yang telah banyak berjasa dalam memeriahkan majlis Hari Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum.

Friday, February 25, 2011

MENGIMBAU PERSEMBAHAN PELAJAR 2010

Cik Syahira merupakan seorang guru pelatih yang telah ditugaskan untuk membuat laporan tentang tarian dan alat muzik. Beliau telah memilih untuk membuat pembentagan pada hari Rabu petang. Pembentangan ini telah disaksikan oleh pelajar-pelajar SMK Ampang Pecah Bestari di dataran perhimpunan melalui beberapa persembahan daripada pelajar yang telah dilatih oleh beliau.


Alunan muzik gamelan oleh sekumpulan pelajar menandakan pembentangan telah pun bermula. Mereka mengalunkan suatu rentak gamelan yang dinamakan ‘Lagu Perang’ pembukaan dan ‘Lagu Nongga’ pada penutup. Alunan yang sungguh mengasyikkan telah Berjaya memukau para pendengar.




Setelah itu, pembentangan telah disambung dengan persembahan rentak silat oleh pelajar yang terdiri daripada dua orang pelajar lelaki dan empat orang pelajar wanita dari tingkatan lima. Mereka berjaya mengakhiri rentak silat dengan penuh bersemangat.






Sebelum pembentangan diakhiri dengan alunan gamelan, sekumpulan pelajar telah mempersembahkan sebuah tarian di bawah bimbingan Cik Syahira.

Monday, February 21, 2011

Tarian Zapin

Kalau kamu semua nak tahu,Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16.Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.






Tarian Zapin sebenarnya amat mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang,rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan yang salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

Tarian Zapin yang dipersembahkan di padang



Tarian Zapin 1 Malaysia