? ??????????????Music Falls off the Page? ????? ?? ???Rating: 4.3 (34 Ratings)??7644 Grabs Today. 34052 To
tal Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????BoomBox? ????? ?? ???Rating: 4.5 (23 Ratings)??5775 Grabs Today. 24827 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, February 26, 2011

HARI KECEMERLANGAN AKADEMIK & KOKURIKULUM 2010

Panitia Muzik SMK Ampang Pecah (Bestari) telah mewakilkan sekumpulan pemain alat muzik gamelan yang disertai oleh lapan orang, terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan. Mereka telah memeriahkan majlis dengan alunan yang begitu mengasyikkan semasa menyambut tetamu kehormat, P. Kamalanathan, juga pada pembukaan majlis, dan disusuli dengan alunan gamelan yang amat mengujakan di akhir majlis. Tidak sia-sia latihan yang kerap dijalankan pada setiap petang selasa kerana mereka dapat mengalunkan rentak gamelan dengan sungguh berani dan seterusnya mengujakan hadirin yang telah hadir.




Sehubungan itu, Panitia Muzik juga mewakilkan seorang pelajar berbangsa Cina kelas peralihan untuk mempersembahkan sebuah lagu. Bersama-sama satu set baju melayu yang amat cantik dan kemas, Pelajar ini telah menyanyikan sebuah lagu cina yang amat merdu dan mengasyikkan. Persembahannya juga dsambut meriah dengan tepukan yang gemuruh dari para pendengar.





Sekumpulan penari yang terdiri daripada tujuh pelajar perempuan melayu dan tiga pelajar perempuan india juga telah diwakilkan untuk mempersembahkan suatu tarian tradisonal Sarawak dengan bimbingan Cik Noor Hazreen dan Cik Norliza ; guru pelatih bagi matapelajaran muzik. Mereka telah Berjaya meraih pelbagai pujian daripada pelbagai pihak atas persembahan yang amat menakjubkan. Mereka menggunakan buluh sebagai Props dalam kemuncak tarian. Mereka juga berjaya mendapat tepukan yang gemuruh daripada para penonton yang kelihatannya sangat seronok dengan tarian yang telah dipersembahkan.



Akhir sekali, Panitia Muzik SMK Ampang Pecah Bestari ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kejayaan wakil2 pelajar dan guru yang telah banyak berjasa dalam memeriahkan majlis Hari Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum.

0 comments: