Panitia Muzik SMK Ampang Pecah (Bestari) telah mewakilkan sekumpulan pemain alat muzik gamelan yang disertai oleh lapan orang, terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan. Mereka telah memeriahkan majlis dengan alunan yang begitu mengasyikkan semasa menyambut tetamu kehormat, P. Kamalanathan, juga pada pembukaan majlis, dan disusuli dengan alunan gamelan yang amat mengujakan di akhir majlis. Tidak sia-sia latihan yang kerap dijalankan pada setiap petang selasa kerana mereka dapat mengalunkan rentak gamelan dengan sungguh berani dan seterusnya mengujakan hadirin yang telah hadir.
Sehubungan itu, Panitia Muzik juga mewakilkan seorang pelajar berbangsa Cina kelas peralihan untuk mempersembahkan sebuah lagu. Bersama-sama satu set baju melayu yang amat cantik dan kemas, Pelajar ini telah menyanyikan sebuah lagu cina yang amat merdu dan mengasyikkan. Persembahannya juga dsambut meriah dengan tepukan yang gemuruh dari para pendengar.
Sekumpulan penari yang terdiri daripada tujuh pelajar perempuan melayu dan tiga pelajar perempuan india juga telah diwakilkan untuk mempersembahkan suatu tarian tradisonal Sarawak dengan bimbingan Cik Noor Hazreen dan Cik Norliza ; guru pelatih bagi matapelajaran muzik. Mereka telah Berjaya meraih pelbagai pujian daripada pelbagai pihak atas persembahan yang amat menakjubkan. Mereka menggunakan buluh sebagai Props dalam kemuncak tarian. Mereka juga berjaya mendapat tepukan yang gemuruh daripada para penonton yang kelihatannya sangat seronok dengan tarian yang telah dipersembahkan.
Akhir sekali, Panitia Muzik SMK Ampang Pecah Bestari ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kejayaan wakil2 pelajar dan guru yang telah banyak berjasa dalam memeriahkan majlis Hari Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum.
Saturday, February 26, 2011
HARI KECEMERLANGAN AKADEMIK & KOKURIKULUM 2010
Posted by Sumaiyah Khairudin at 12:12 AM 0 comments
Friday, February 25, 2011
MENGIMBAU PERSEMBAHAN PELAJAR 2010
Cik Syahira merupakan seorang guru pelatih yang telah ditugaskan untuk membuat laporan tentang tarian dan alat muzik. Beliau telah memilih untuk membuat pembentagan pada hari Rabu petang. Pembentangan ini telah disaksikan oleh pelajar-pelajar SMK Ampang Pecah Bestari di dataran perhimpunan melalui beberapa persembahan daripada pelajar yang telah dilatih oleh beliau.
Alunan muzik gamelan oleh sekumpulan pelajar menandakan pembentangan telah pun bermula. Mereka mengalunkan suatu rentak gamelan yang dinamakan ‘Lagu Perang’ pembukaan dan ‘Lagu Nongga’ pada penutup. Alunan yang sungguh mengasyikkan telah Berjaya memukau para pendengar.
Setelah itu, pembentangan telah disambung dengan persembahan rentak silat oleh pelajar yang terdiri daripada dua orang pelajar lelaki dan empat orang pelajar wanita dari tingkatan lima. Mereka berjaya mengakhiri rentak silat dengan penuh bersemangat.
Sebelum pembentangan diakhiri dengan alunan gamelan, sekumpulan pelajar telah mempersembahkan sebuah tarian di bawah bimbingan Cik Syahira.
Posted by Sumaiyah Khairudin at 11:39 PM 0 comments
Monday, February 21, 2011
Tarian Zapin
Kalau kamu semua nak tahu,Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16.Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.
Tarian Zapin sebenarnya amat mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang,rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan yang salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.
Tarian Zapin yang dipersembahkan di padang
Tarian Zapin 1 Malaysia
Posted by Sumaiyah Khairudin at 9:48 PM 0 comments
Tuesday, July 20, 2010
Angklung
Pada 1908, terdapat pengiriman duta kebudayaan yang menyebarluaskan muzik ini ke Thailand, saat pula boleh meluas ke Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura.
Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketik.Muzik Angklung bermula dari Jawa Barat, Indonesia. Alat muzik ini merupakan alat muzik perkembangan dari calung, diciptamula sebagai muzik persembahan untuk Dewi Sri, yakni dewi hal-ehwal percucuk tanaman. Muzik ini digunakan pula dalam usaha menjana kemerdekaan Indonesia sebagai muzik penyemangat khalayak ramai untuk mendukung usaha berkait.
Posted by Sumaiyah Khairudin at 1:35 AM 0 comments
Gamelan
Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu. Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan. Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri. Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu". Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.
Posted by Sumaiyah Khairudin at 1:27 AM 0 comments
Alat Muzik Tradisional
Gendang adalah a
lat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing
atau lembu.Iamerupakansalah sebuah ala
t muzik dalam k
eluarga
genderang.
Setiap bangsa
seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama y
ang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz d
an kegunaan. A
da gendang yang digunakan untuk majlis persilatan bagi orang Melayu.Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Dira
ja.Posted by Sumaiyah Khairudin at 1:15 AM 0 comments